Saturday, January 21, 2012

Tidak Mengapalah .... ^_^



Assalamualaikum , lame dah raja rasa macam x update blog . yeker??? hehe .Jangan risau , ni nak update lah ni. hehe . Tengok tajuk pun mesti korang fikir , tajuk aper yang raja nak maksudkan kan? Tidak mengapalah.. ? mengapalah ape ?? mesti dalam hati korg , nak tahu kan . Sebenarnya raja ade bace dalam facebook dekat page  U-Turn ke Jalan Lurus .
       
   
Sedih bile baca apa yang dipost kat page tu. Dalam hari Raja dah cakap dah  '' Ya Allah , Terima kasih kerana menyedarkanku , Betapa kerdil aku disisi-Mu'' . Cubelah korang bukak kat facebook , banyak mesej yang disampaikan  menarik ataupun korang search Oh! Islam.



page tu pun menarik jugak :) Okey , berbalik kepada tajuk yang raja nak kongsi kat korang , ayat ni yang raja dapat dekat page tu :


“Tidak mengapalah seandainya kau tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal kau punya akhlak baik yang menjadi kebanggaan agama, Allah dan Rasul mu. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik.” 
(Siti Khadijah R.A).

SubhanaAllah , terharu mendengar apa yang disampaikan Siti Khadijah R.A. Betul , rupa paras tidak begitu penting, yang penting , akhlak yang baik. Kalau takdir dijadikan cantik plus akhlak mulia . Itu adalah bonus. Wajah yang cantik tidak perlu dipertimbangkan sangat , yang penting hati . Raja pun cakap kat diri sendiri. Tapi Raja rasa sekarang , ada sesetengah wanita yang tidak menjaga akhlaknya dengan baik . terutama dengan lelaki . ( maaf kalau tersa , ni nak kongsi pandangan rajalah ). Perempuan sekarang cakap pun main lepas , x macam zaman dulu-dulu , lemah lembut , sopan santun. Bukan raja nak mintak jadi lemah lembut sangat tapi cara pertuturan tu eh . ( macam cikgu pulak ) . ayat raja tulis ni pun untuk diri raja jugak sbb selalu cakap kuat-kuat . Marilah kita same-same membaiki diri kita . 


setuju dengan ayat dekat atas ni :)


Jika kita mempunyai akhlak yang baik , itu sudah terlebih cantik. Sekarang ni ramai membuat pembedahan plastik .. apa niat mereka? bile kite tanya jer insan tersebut . mereka pasti akan menjawab nak muka cantik , hidung mancung ker. x perlu semua tu , yang penting TUTUP AURAT. itu pun dah cantik . Cube kite fikir kalau Rasulullah duduk di sebelah kita . Apa pandangan Rasulullah terhadap kita jika melihat akhlak kita? apa baginda akan cakap? Oleh itu marilah sama-sama kita berubah kerana Allah. InsyaAllah. Sekian 

p/s : apa yang raja post ni islamik sikit , harap korang gembira baca entri kali ini.

MUJAHADAH ITU PAHIT . SYURGA ITU MANIS

Thanks for reading. Malas komen , like pun boleh kan? ^_^

2 comments:

  1. yaa, saya suka dengan ulasan kamu... menarik.. thanx for sharing... mmg kebanyakan wanita hari ini x sama macam dulu... hhu.

    ada masa singgah2 le blog saya plak ye.. Followed

    ReplyDelete
  2. Gen2Merah : terima kasih :) welcome :D kan berkongsi apa yang baik itu baik? InsyaAllah

    ReplyDelete

awak komen pun dah bagus, follow blog ni terus. hehe ^_^

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon