Saturday, February 11, 2012

Muhasabah Diri ◕‿◕



Assalamualaikum kepada pembaca blog raja ,  cubalah dengar lagu kat atas ni . sungguh sedap . 

SubhanAllah ! Raja dengar pun , sedih jer rentaknyer .Lagu ni boleh membuat orang menangis untuk sesiapa yang menghayatinya :) Andai Rasulullah bersama kita :) . Kadang-kadang raja ada terfikir jugak jika Rasulullah duduk di sebelah kita . Apa yang aku akan buat ? ( tanya dalam hati ) . Adakah Rasulullah sedih tengok perangai aku macam ni ? Kadang-kadang terlintas jugaklah kat kepala raja . rasa macam sedih gilerrr . Bila dengar ustaz cerita tentang Rasulullah. rasa terkilan dengan diri sendiri pun ada. Rasulullah sangat sayang kepada umatnya tapi kita??? Apa kita buat ?? Kita langgar perintah Allah .Tutup aurat pun x nak?

dan

 x ikut pun Sunnah Rasul .
                             
  Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni ? Islam sebenarnya bukan susah pun . Tapi kita sebenarnya yang liat nak buat. Mesti Rasulullah sedih bile tengok kite macam ni. Macam raja sendiri pun bukanlah sempurna pun cuma raja nak kongsi dengan korang bukan nak menunjuk . Kadang - kadang senyum kat orang pun susah kan ?( diri sendiri pun sama ) . Padahal bukannya bayar pun . hehhe . Kadang-kadang raja pun x fikir tentang  itu . Mungkin pada pandangan kita , buat apa nak senyum kepada org x kenal kan? nanti dikata GILA pulakkan? itulah pemikiran masyarakat zaman sekarang . senyum kat orang pun nak kata x betul. x salah punkan kalau senyum? cool ~~~
                                                                                 
         Rasulullah saw sentiasa tersenyum kepada sahabat-sahabat Baginda.

-------------------------------------------

Senyum bukanlah suatu adat.

Ia adalah ibadat.

-------------------------------------------

Jadi,jom senyum ramai2! ^________^    

tengok?? baby pun boleh senyum . hehe

 ramai yang merungut bila Allah x bagi sesuatu yang dia nak tapi kita ? dah buat ker suruhan yang Allah suruh ? Mohon dijauhkan daripada sifat macam tu . Sebenarnya setiap perkara yang berlaku ada hikmah . janganlah kita merungut :)


renungan bersama : 

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…


Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…

Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.

Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita

Marilah kita berubah kerana Allah . Bukan susah untuk berubah kerana diri sendiri yang x nak berubah . Jadi terapkan dalam hati , nak berubah ,  kerana :

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS 

( suka ayat kat atas ni )

p/s : mintak maaf kalau ada yang terasa :) Raja pun nak nasihat untuk diri sendiri 

Thanks for reading. Malas komen , like pun boleh kan? ^_^

0 orang pembaca yang comel ^_^:

Post a Comment

awak komen pun dah bagus, follow blog ni terus. hehe ^_^

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon